FBI Terima Kunjungan Hormat dari Pegawai Bahasa Inggeris Serantau Kedutaan AS

RABU I 26 OKTOBER 2022 - FBI berbesar hati menerima satu sesi kunjungan hormat daripada Ms Frances Westbrook, Regional English Language Officer (RELO), US Embassy, Bangkok dan Ms Wan Intan Safinaz Ab Hamid, Cultural Affairs Assistant, US Embassy, Kuala Lumpur bagi membincangkan perkara berkaitan dengan English Language Fellow (ELF). Dengan penuh rasa kesyukuran dan bangga, Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan akan menerima seorang English Language Fellow (ELF) di bawah EL Fellow Programme selama setahun bersama FBI bagi membantu memupuk persefahaman bersama serta menggalakkan pembelajaran bahasa Inggeris di kalangan pelajar UMK.